Tuesday, April 9, 2013

Aku Dah Agak! - part 2

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Seperti yang aku janjikan...

Sambungan episod lalu..

Selepas kejadian tu..

Alhamdulilah...



Rasanya Allah dengar suara hati BESAR aku ni...

Datang seorang akak sempoi bergaya..

Dengan bersut seperti sukan pemotoran..

Siap motor besar bersticker penuh "MARSHALL..."




Aku pon segera keluar dari kereta..

Dan bertegur sapa dengan akak sempoi tu...

Akak tu tanya..

"Kenapa dik?"

Aku pun jawab.."Overheat..selalu sangat macam ni kak..Dah pesan kat ayah hari tu..tapi buat selumber cam xda apa..tengok sekarang?.."

"Tak pelah dik..Pe2 hal alihkan kereta ni ketepi sikit..Suruh kawan adik tahan kereta belakang.."

Aku pun masuk dalam kereta.. gerakan gear ke N..

Akak sempoi dengan GAGAHNYA menolak kereta dari belakang sambil Su tahan kereta belakang..Nad ada bersama aku dalam kereta..

KUATkan akak sempoi tu??

Siap sudah ketepi..

"Akak tu tanya. Ada kawan lain nak datang tolong ke?"

"Tak de akak.." jawab aku.

"Macam tu xpelah.. kereta dah boleh start kan.. Cuba bawa jauh sikit dari sini..Sekarang jalan sesak..Balik kerja.." terang akak sempoi.

Aku, su dan Nad pon masuk segera dalam kereta..

Aku pun dengan lafaz

'DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI'

startkan enjin dan terus pandu..

mencari selekoh masuk yang boleh letakan kereta aku tu..

Papan tanda "MALINJA" berdiri teguh di tepian..

aku segera masuk dan diikuti bersama kakak sempoi tu..

Aku pun parking kereta aku..

Keluar dari kereta bersama Nad dan Su..

Kami terus bersalam tangan bersama akak sempoi tu..

berbual..

"Kalau nak makan..tu ada nasi lemak famous..Kalau nak solat..ni ha..dekat je suraunya.."

tambah akak tu lagi..

"Akak dulu selalu jadi macam ni..lagilah..tak da sapa nak tolong..kereta pernah rosak..motor pon pernah.."

sambung akak tu lagi

"Akak siap tepon mak akak nangis2.. mak akak kata biasalah KL..orang dah tak nak tolong since ramai yang ambil kesempatan nak rompak bila kes2 macam ni.. akak bersyukur sangat kamu semua ni xda pa.."

Aku terharu dengan ayat akak tu..

walaupun tiada ikatan..

tapi masih berdoa atas keselamatan kami semua..

siap sudi tolong..

kemudian akak tu pun buka seat motor...

ambil makanan kucing..

kebetulan banyak betul anak2 mak2 kucing..

aku bertanya..

"akak memang selalu ke bagi kucing2 terbiar makan..?"

jawab akak sempoi itu

"selalu..akak suka kucing.."

tanya akak padaku pula..

"Awak ada ke bengkel yang awak biasa?.."

jawab aku segera..

"Ada. Kat Sri Gombak..dekat pasar.."

"Kalau macam tu jomlah.. TAK PAYAH PAKAI HELMET LA.."

akak tu berkata sambil kenyit mata..

"Tak pe ye merempit ngan akak jap?.. Kamu (Nad dan Su) duduklah dalam kereta buka tingkap..jangan lupa kunci pintu."

pesan akak sempoi seperti kakak kandung...

Akak tu pun start kan enjin motornya..

Aku pun melangkah besar kaki ku..

SEBAB bontot motor tu BESAR...

and aku pakai baju kurung berselendang hitam..

aku mengomel kecil..

"KIRA HALAL LAHHHH..."

akak tu pon merempit bersama aku..

pergggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

akak ni menyelit..

boleh tahan..

aku pun sempat bersembang atas motor..

dengan tiupan angin kuat...

aku pun bersembang..

"Akak..lupa pula nak tanya nama...Nama akak apa?"

"Panggil akak..kak DIDA.."

aku bertanya lagi..

"Akak kerja apa??"

"Adalah..biasa2 je.." jawab kak Dida..

aku pun bermonolog sebentar bersama hati..

akak ni baik orangnya..

tak nak bagitao nama..

tak nak bagitao kerja mana..

aku rasakan..

dia mungkin nak jaga..

maksud

IKHLAS

"akak duduk seorang je kat rumah..so selalu lepak dengan kawan2 akak minum kat area BOLTON tu.."

sambung kak DIDA lagi..

sampai sudah dekat bawah fly over..

aku tanya..

"Akak..akak buat apa sebelum ni?"

"Akak baru je lepak ngan kawan tadi..Kebetulan je tadi..Tengok adik ngan kawan2 adik kereta rosak.."

"Bukan apa..adik dah la bertudung..perempuan pula tu..Akak terus tolonglah..sebab akak paham apa yang adik rasa dan lalui.."

aku pun balas "akak..sorry akak..susahkan akak.."

balas kak Dida..

"Eyh..jangan cakap camtu..tak susah pun..hari ni hari awak...mana tao hari akak nanti?"

"Akak dulu jadi siap berdialog dangan Yang Satu.. akak mengadu pada Dia.. Kenapa orang tak pernah nak tolong dia masa jadi macam adik ni..Padahal akak selalu tolong..tak kisah bangsa, jantina.."

sambung akak lagi..

"Hari tu ada akak tolong seorang budak perempuan cina..macam adik juga jadinya.."

Lepas tu...

vvrrrroooommmmmm..

lampu hijau daaaa!

akak pun gerak ke arah yang aku katakan..

KEMUDIAN..


TO BE CONTINUE...


Aku bukan tak nak sambung lagi...

tapi macam panjang lagi cerita nya..

takut tak larat nak follow...


PS: Terima kasih kak Dida, Nad dan Su ..dan nama2 bakal keluar tuk part 3 nanti..atas kesanggupan anda menolong aku hari tu..tiada ucapan yang aku boleh cakap melainkan..

'TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA'


Aisyah Zolkefpeli



No comments:

Post a Comment