Monday, April 29, 2013

Tips Lebatkan Rambut Anda....!

Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Aku nak tanya korang..

Korang da masalah rambut??

macam gambar kat bawah??



Hari ni aku nak share 1 tips daripada Cik Nad kita...

TIPS: Untuk Lebatkan Rambut

Campurkan daun pandan dan daun bunga raya berwarna merah...

seberapa helai yang anda nak...

Gaulkan dan lenyekan sampai keluar lendir...

Ambil lendir tu...

Dan letakkan kat kepala anda..

INGAT!!!

Balut kepala anda dengan shower cap selama 30 minit...



Lakukan tips ni sekerap yang boleh...

Nanti lihatlah kelainanya....

Aku pun ingat nanti nak try....

Rasanya nanti rambut aku mesti jadi macam ni...



heeeee... tak sabarnya...

uhmmmm...

CUBA BAYANGKAN ANDA CUBA DEKAT TEMPAT LAIN???

macam ni ....

Aku harap korang mempunyai keberanian yang tinggi untuk tengok gambar di bawah...



SCROLL LAGI..











LAGI..













BAWAH LAGI....


















LAGI LAAAAA....











TADDDDDAAAAAAAA....


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....



NO KOMEN......


Aisyah Zolkefpeli 



Tuesday, April 23, 2013

Masih tidak berapa Sihat...

Asslamualaikum wth dan selamat pagi semua...

Aku lama tak update postkan..?

Bukan apa...

Aku masih tidak berapa sihat...

Selsema dan kahak berlarutan hampir 2 minggu dah sekarang...



Makan ubat tak recover lagi...

Rasanya nanti aku bakal buat pemeriksaan susulan tentang masalah aku ni..


bukan apa..

aku dah tak larat dah..

nak muntah masam pagi2..

Buang hingus...keluar darah...

Badan aku sengal2...

Aku siap google lagi tentang penyakit aku ni...

Hampa...

Doakan lah aku segera sembuh seperti sedia kala ye?



Aisyah Zolkefpeli 



Wednesday, April 17, 2013

1st Time in My Life....

Assalamualaikum wth dan selamat pagi!

weyhhhh...

kan aku kata aku ni suka mencubakan??

So..

GUESS WHAT??!!

Aku menjual sandwich telur kat office...

For the first time in my life, honestly,...

I never felt this way!!

Happy sangat2 tengok orang makan roti aku buat...

Aku pastikan segalanya bersih..

Siap dengan berselawat dan doa lagi..

Abah la...

Selalu pesan..

"Selain kita selawat...doa untuk orang yang makan...

Jangan lupa 1 benda!

IKHLAS...

hati tu kena niat ikhlas nak bagi orang makan..."


Uhmm...

Abah..ye. Aisyah dengar kata abah...

Thank you abah!!


Love you always and forever...

Kalau nak tau..

aku bangun awal pagi tadi..

Dalam pukul 4.45 pagi..

Tengok2..

abah mama pun bangun sekali..

Rasanya bangun untuk sahur..

Hari ni kan hari Khamis..

Sunat berpuasa..

Aku pula...

tak boleh puasa...

Abah pandang aku dari meja makan...

Abah bertanya..

"Siti Aisyah buat apa ni?"..

sambil gelak2 tengok gelagat aku duk kupas telur rebus...

"Aisyah nak tambah duit poket sikit abah..."

Abah tengok aku sekilas sambil senyum...

Abah pun terus berbual balik dengan mama...

Lepas je aku wrap segala roti telur aku buat tu..

Aku masukan dalam bekas makanan..

dan pastinya bersih..

lalu...

Aku terus masuk bilik..

Sambung kembali dibuai mimpi..

Sebelum dikejut dek lagu 'Houdini'..

Pukul 6 pagi tepat aku bangun..

Terus ke toilet..

Segarkan diri..

siapkan diri untuk ke office...

Siap semua...

Macam selalu...

Sebelum pergi kerja kena buat apa?



i cannot hear you!!



tak dengar laaaaa...

KITA KENA...


Salam abah mama!



Cium pipi kanan kiri..

Kemudian..

Abah pesan lagi...

"Selamat ye berniaga dekat office?"

aku pun terus gerak ke kereta...

mulakan perjalananku ke terminal Putra..



Aisyah Zolkefpeli

Sick again..

Assalamualaikum wth dan selamat pagi semua...

Kesihatan aku masih tak berapa bagus..

Sampai ke hari ni...

Bangun pagi2..



muntah..

Dari pagi aku asyik minum air je..

Makan cuma 2 sudu nasi lemak yang Su beli...

Aku rasa aku makan ubat doktor bagi lagi aku sakit..

Macam mana ni?




Aku cuba habiskan ubatnya sampai habis...

Nanti aku pergi hospital...

Sebab dah berlarutan muntah pagi2 kadang2 petang...

kalau campur hari ni...

dah...

3 MINGGU....!

PS: Harap semua doakan agar kesihatan aku seperti sediakala...


Aisyah Zolkefpeli






Tuesday, April 16, 2013

Aisyah kata....(part 2)

Assalamualaikum wth dan selamat tengah hari..

aku nak share pulak tips untuk situasi ni pulak...

aku rasa mesti korang pernah alami juga...



Situasi 2: Nak terkentut dalam lif

korang pernahkan...

jangan nak BOHONG!

 Aku tau pernah..

Tapi nak cover2..

Kan?Kan?Kan?

bagi aku..

akukan manusia biasa..

dan benda macam ni selalu berlaku di tempat yang kita tak nak berlaku..

macam situasi sekaranglah...
macam aku kan...

aku akan cuba tahan...

setahan2nya..

dan kena tanya diri..

 

"Selalu kentut bunyi kuat dan berbau x? Dan.. aku ada makan benda yang pelik2 tak tadi?Macam petai?durian?.."

 if jawapan untuk ketiga-tiga soalan ialah YA!
atau salah satu diantaranya ya....

pastikan anda keluar dari lif itu dengan segera !!

agar tidak menghasilkan...



PENCEMARAN UDARA!


 Kalau TIDAK untuk semua soalan..

Kekalkan diri anda dalam lift itu...

dan lepaskanlah angin ribut anda....



dengan....
 
senyum  sebesar-besarnya..



dan ....



lepaskan IA secara

SENYAP!

Sekian harap maklum.

Terima kasih...

dan

NO KOMEN!

Aisyah Zolkefpeli




 






Aisyah kata.... (part 1)

Assalamualaikum wth dan selamat tengah hari..

Sempena mengisi masa lapang terluang ni...

Aku nak share sikitlah tips2 aku ..

Walaupun ilmu tak seluas lautan asia pasifik..

Sedalam perigi di rumah...

Tapi aku cubalah bantu...

dan boleh digunakan

DALAM MANA2 SITUASI...


Contoh macam situasi ni..

SITUASI 1: Meeting dengan Client dalam keadaan mengantuk

(untuk meeting bukan berdua...)

macam aku..

Aku akan duduk tegak2..

pegang pen..

sambil tengok orang present kat depan..

sambil anguk2..

Then pandang laptop..



(kalau ada laptop lah...if tak..)

Buat macam catat something dalam buku..

(padahal...)



then...aku...


comelnya aku.... (^_^)v

JENGILKAN mata if dah tak tahan sangat mengantuknya...

pastu aku akan pandang kanan kiri..

KALAU...

tak tahan TAHAP GABAN...

kau angkat tangan..



cakap...

"EXCUSE ME..I NEED TO GO TO THE TOILET.."


(kalau kau berani lah...)

if x..

bangun bagitao orang sebelah ko nak p toilet...

then..

blah.. g lah kome berfoya2 ke toilet basuh muka, ye?

INGAT!

pergi tu..man2 lah..

jangan lah sampai abis meeting ko duduk kat toilet tu..

iye??

aku rasa cukup sudah untuk situasi pertama ni...

PS: Segala yang berlaku..memang benar2 berlaku..tiada yang tipu2.. Sekian harap maklum.


Aisyah Zolkefpeli


Penasihat Sampingan...?

Assalamualaikum wth dan selamat pagi semua..

Aku rasa bukan aku seorang je ada penasihat sampingan...

Semua ada kot...

Siapa lagi kalau bukan orang sekeliling kita yang rapat dengan kita...

Macam aku...



KAWAN!!

Mereka bukan pakar yang perlu dibayar...

Tapi masih beri nasihat...

pandangan...

teguran...

Kadang2 xminta pun...

Tetiba sendiri bersuara nak bagi jugak pandangan dan komen...

Bagi aku

kalau bab komen ni..

BAGI KAT DEPA..KONPEM HEBAT!



kadang2 terlampau jujur...

sampai menyakitkan hati...

Tapi itulah kawan...

Dia nak tengok kita berubah ke arah lebih baik..

Betul tak?



Tapi...

kenalah pertimbangkan sikit soal hati dan perasaan...

Jangan REMBAT nak cakap pe ikut dan..

bercakap biar ada makna..

maksud...

Baru nasihat tu berharga..

Pernah tak korang fikir kenapa KAWAN ni macam2 nasihat dia nak bagi... 

SEBAB APA?

"sebab sayangkan persahabatan yang terjalin..."

 ....HARD TO FIND A TRUE FRIEND..WHEN YOU HAVE ONE..KEEP HER/HIM..AND PRAY TO ALLAH..HOPE IT WILL BE LAST FOREVER...

"PS: kepada Su, Nad, Baie, Suhaila, Wan Nur Izzati, Ashikin, Shikin, Asma, Pjah, Ani, Wani, Fizah, Lala, Awyn...semua yang aku rapat...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA...HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS SEGALA JASA YANG KORANG LAKUKAN.. "




Aisyah Zolkefpeli

Jumpa Doktor Shah!

Assalamualaikum wth dan selamat pagi semua..

Aku minta maaf tak update post..

Since aku sakit sampai ke hari ni..

Doktor pesan aku...

"KURANGkan minum ais, JANGAN makan makanan berminyak dan PEDAS..!"

semua yang dilarang semua tu lah yang aku suka...

Aduhai....

Aku dah makin susut badan sebab sakit...

PERLU ke aku nak gembira dengan perubahan ni?

Aku dulu adalah terobses jap nak kurus sampai boleh pakai saiz 0..

Lama2 aku sedar...

setiap kejadian ada sebabnya..

Aku bersyukur dengan segala kejadian yang Allah ciptakan bagi aku...

Aku cuma perlu pelihara ia sebaik mungkin...

termasuklah kesihatan aku.....

SO AKU MAKAN UBAT IKUT MASA....




Aisyah Zolkefpeli

Friday, April 12, 2013

I'M SICK!

Assalamualaikum wth dan selamat petang semua..

aku tak sihat hari ni..

Badan sejuk semacam...

Tp kat dalam rasa panas..

Pagi2 muntah2...


'Perlukan rehat....'

PS: Jaga kesihatan! Ingat! Kesihatan tu 1 ni'mat....

Thursday, April 11, 2013

Aku Dah Agak! - END!

Assalamualaikum wth dan selamat petang semua..

Mesti tertanya2 apakah ending bagi cerita aku ni..

Okay..aku sambung apa jadi..

Lepas je call Fabz..

Jam menunjukkan pukul 7.00 pm..

Kami pun melilau cari mana surau..

Manakan tidak..

Tadi tak sempat nak solat..

Gelabah kau..

masuk pintu sana..

keluar pintu sini..

Last2..Ada pak cik kata..

"Pintu sebelah sana tak kunci.."

Kami pun berlari anak...

buka tudung sepantas THE FLASH..

gelabah mengejar masa seperti TUNGGU SALE..

kami pun sujud syukur mengadap Ilahi..

Memohon keampunan atas kelewatan menemuiNYA...

Sesudah aminkan doa...

aku pun segera mencari Torch aku...

Aku check...




"Missed call from Fabz.."

HAHAHAHAHA

.............................................................................

aku gurau je.....

ni haaaaa yang betul....



Oh....Ni mesti Fabz ni...

Aku pun call..

...."ECAH!"

aku terdengar suara memanggil nama aku...

"La Fabz..Aku call ko tadi...Sorry lambat. Solat sat tadi..Ko nak g mana?" aku bertanya..

"Nak g toilet jap..."balas Fabz..

Su dan Nad bersiap pakai tudung...

Aku pula ikut si Fabz...

Tak tertahan menanggung...

Nak terkucilllll...

"Alhamdulilah..Setle sudah!"kata aku selepas usai melunaskan hajat yang tak tertanggung...

Kami semua pun bergerak ke arah kereta..

"Eyh? Mana fabz? Eyh? Naik kereta KEMBARA?Sapa punya?.." aku bertanya pada Su..

Kami pun terus masuk ke dalam kereta tu..

dan aku ulang semula pertanyaan aku kat Fabz..

Fabz pun menjawab..

"Bukan kereta aku..kereta Wan la.."

Kami pun dengan serentak menjawab..

"OOOOOoooooooooo...."

Fabz terus memandu kereta Wan dan menuju ke arah terminal Putra..

Yelah... Si Nad dengan Su kan naik motor paginya?

Aku pula ni..

terpinga2...

Macam mana aku nak balik rumah ni...

Dah maghrib ni...

Fabz pun kata..

"Ecah, jangan risau..kitaorg hantar ko balik rumah..."

Fabz macam paham2 je keruan di hati aku ni...

Aku pun menarik nafas lega...

Bersyukur aku kenal Fabz..

Kawan yang suka menolong..

Dan tak pernah mengharapkan balasan..

Fabz pun dropkan Su dan Nad..

Tinggal dah aku sorang2 dalam kereta..

Aku pun berbual2 dengan Fabz dan Wan..

Kami pun melalui liku2 jalan dan segala pelosok jalan kecil ke rumah aku...

Fabz kata...

"WOWWWWW...masuk hutan rumah kau..Siap ada view Sg. ChinChin ag.."

"Ayah aku..pandai dia cari..Tapi bahaya gak sini..Da tanah runtuh kat belakang ni.." balas aku..

tanya Fabz..

"Mana rumah kau??..."

jawab aku..

"Tuuuuuu..kat sana.."

Fabz pun berkata ag..

"Nanti bolehlah aku datang rumah ye??.."

Aku pun membalas..

"Boleh je..xda hal laa...."

tambah aku lagi..

"Nah weyh..."

aku pun hulurkan sejumlah wang kat Fabz..

"Eyh..xpayah2..kan kitaorang tolong ni..Simpan.."

Aku pun senyum lalu menjawab..

"Terima kasih sangat2..Sorry susahkan korang weyh..."

Aku pun berlalu keluar...

tekan button gate..

Pintu gerbang terbuka...

Lihat kelibat Kembara Wan berlalu pergi..

Aku pun melangakah masuk rumah..

dan segera menunaikan fardhu Maghrib..

dan berteleku di sejadah berdoa..

agar dimurahkan rezeki bagi semua yang menolong aku..


- E.N.D -














Tuesday, April 9, 2013

Aku Dah Agak! - part 3

Assalamualaikum wth dan selamat pagi semua..

Aku rasa mungkin post ni akan jadi penamat untuk kejadian hari lalu..

INSYALLAH...

(aku tak janji...tapi aku usahakan..)

selapas lampu hijau tu..

Kak Dida pun membelokan motor kesayanganya ke arah kiri..

untuk buat U-Turn..

Kak Dida pun terus kan perjalanan mengikut arahan aku..

ALHAMDULILAH...

Tiba sudah di kedai bengkel Chong..

Bengkel ni la selalu ayah aku datang..

Tauke tu mula2nya xkenal aku..

Lepas aku bagitau ayah aku yang selalu hantar kereta..nombor sekian2..

haaaa...terus dia ingat..

Aku bagitao dia..

"Rasanyakan..baru je tukar water pump hari tu..Apa masalah lagi ye tuk overheat ni?"

Chong pun balas...

"Ada banyak punca kenapa overheat..especially ATOS..memang selalu ada masalah overheat..kena check apa masalah lagi.."

"kereta saya tak da sini..now at wangsa maju..Malinja" balas aku sambil memegang Torch aq..incase lah da pe2 emergency lagi.

"Macam tu saya suruh orang hantar.....




TOWTRUCK

pergi sana..Naik sekali dengan dia lah..tunjuk jalan..."

Aku pun bersalam dengan Kak Dida..

dan berterima kasih sekali lagi atas bantuan dia...

Kak Dida pun terus menunggang motornya..

lalu terus pergi ke destinasinya..

Aku pula ikut kawan Chong naik truck nya...

HAHAHAHAHA..

Pertama kali aku naik tow truck ni..

Selama hidup aku..

Aku tak pernah lagi naik...

Uhmm...satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata2..

Suasana sepi antara aku dan kawan Chong..

Dia tersengih je..

Aku


                                          PELIKS?

biarlah..malas aku nak pk panjang...

YEAAAHHHHHHH...

tiba dah aku dekat MY BABY!!!

kereta comel aku..

suka merajuk.

MACAM AKU...

selalu MAT ANIP lah cakap..

aku ni kuat MERAJUK...

baiklah..

YE..MEMANG SAYA KUAT MERAJUK!

sekian HARAP MAKLUM!

So..sambung balik cerita tadi...

Kawan Chong pun amik baby aku guna tow truck dia...

So now...

aku, Su and Nad xda transport nak balik..

tengok kanan kiri..

uhmm....

CONFIRMLAH TAXI XDA NAK MASUK KAWASAN PERUMAHAN SINI...

Nad pun bersuara..

"Aku call Fabz lah...diakan nak balik kerja sekarang ni.."

Nad pun call Fabz..

"Hello Fabz, kitaorg ada masalah sikit ni..kereta ecah rosak..boleh tak ko tolong ambil kitaorg kat Malinja.."

aku pun sambung..

"kat nasi lemak malinja...yg famous tu..dekat surau..weyh..sorry tao nyusahkan ko.."


KEMUDIAN......


TO BE CONTINUE...

Aku Dah Agak! - part 2

Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Seperti yang aku janjikan...

Sambungan episod lalu..

Selepas kejadian tu..

Alhamdulilah...



Rasanya Allah dengar suara hati BESAR aku ni...

Datang seorang akak sempoi bergaya..

Dengan bersut seperti sukan pemotoran..

Siap motor besar bersticker penuh "MARSHALL..."




Aku pon segera keluar dari kereta..

Dan bertegur sapa dengan akak sempoi tu...

Akak tu tanya..

"Kenapa dik?"

Aku pun jawab.."Overheat..selalu sangat macam ni kak..Dah pesan kat ayah hari tu..tapi buat selumber cam xda apa..tengok sekarang?.."

"Tak pelah dik..Pe2 hal alihkan kereta ni ketepi sikit..Suruh kawan adik tahan kereta belakang.."

Aku pun masuk dalam kereta.. gerakan gear ke N..

Akak sempoi dengan GAGAHNYA menolak kereta dari belakang sambil Su tahan kereta belakang..Nad ada bersama aku dalam kereta..

KUATkan akak sempoi tu??

Siap sudah ketepi..

"Akak tu tanya. Ada kawan lain nak datang tolong ke?"

"Tak de akak.." jawab aku.

"Macam tu xpelah.. kereta dah boleh start kan.. Cuba bawa jauh sikit dari sini..Sekarang jalan sesak..Balik kerja.." terang akak sempoi.

Aku, su dan Nad pon masuk segera dalam kereta..

Aku pun dengan lafaz

'DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI'

startkan enjin dan terus pandu..

mencari selekoh masuk yang boleh letakan kereta aku tu..

Papan tanda "MALINJA" berdiri teguh di tepian..

aku segera masuk dan diikuti bersama kakak sempoi tu..

Aku pun parking kereta aku..

Keluar dari kereta bersama Nad dan Su..

Kami terus bersalam tangan bersama akak sempoi tu..

berbual..

"Kalau nak makan..tu ada nasi lemak famous..Kalau nak solat..ni ha..dekat je suraunya.."

tambah akak tu lagi..

"Akak dulu selalu jadi macam ni..lagilah..tak da sapa nak tolong..kereta pernah rosak..motor pon pernah.."

sambung akak tu lagi

"Akak siap tepon mak akak nangis2.. mak akak kata biasalah KL..orang dah tak nak tolong since ramai yang ambil kesempatan nak rompak bila kes2 macam ni.. akak bersyukur sangat kamu semua ni xda pa.."

Aku terharu dengan ayat akak tu..

walaupun tiada ikatan..

tapi masih berdoa atas keselamatan kami semua..

siap sudi tolong..

kemudian akak tu pun buka seat motor...

ambil makanan kucing..

kebetulan banyak betul anak2 mak2 kucing..

aku bertanya..

"akak memang selalu ke bagi kucing2 terbiar makan..?"

jawab akak sempoi itu

"selalu..akak suka kucing.."

tanya akak padaku pula..

"Awak ada ke bengkel yang awak biasa?.."

jawab aku segera..

"Ada. Kat Sri Gombak..dekat pasar.."

"Kalau macam tu jomlah.. TAK PAYAH PAKAI HELMET LA.."

akak tu berkata sambil kenyit mata..

"Tak pe ye merempit ngan akak jap?.. Kamu (Nad dan Su) duduklah dalam kereta buka tingkap..jangan lupa kunci pintu."

pesan akak sempoi seperti kakak kandung...

Akak tu pun start kan enjin motornya..

Aku pun melangkah besar kaki ku..

SEBAB bontot motor tu BESAR...

and aku pakai baju kurung berselendang hitam..

aku mengomel kecil..

"KIRA HALAL LAHHHH..."

akak tu pon merempit bersama aku..

pergggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

akak ni menyelit..

boleh tahan..

aku pun sempat bersembang atas motor..

dengan tiupan angin kuat...

aku pun bersembang..

"Akak..lupa pula nak tanya nama...Nama akak apa?"

"Panggil akak..kak DIDA.."

aku bertanya lagi..

"Akak kerja apa??"

"Adalah..biasa2 je.." jawab kak Dida..

aku pun bermonolog sebentar bersama hati..

akak ni baik orangnya..

tak nak bagitao nama..

tak nak bagitao kerja mana..

aku rasakan..

dia mungkin nak jaga..

maksud

IKHLAS

"akak duduk seorang je kat rumah..so selalu lepak dengan kawan2 akak minum kat area BOLTON tu.."

sambung kak DIDA lagi..

sampai sudah dekat bawah fly over..

aku tanya..

"Akak..akak buat apa sebelum ni?"

"Akak baru je lepak ngan kawan tadi..Kebetulan je tadi..Tengok adik ngan kawan2 adik kereta rosak.."

"Bukan apa..adik dah la bertudung..perempuan pula tu..Akak terus tolonglah..sebab akak paham apa yang adik rasa dan lalui.."

aku pun balas "akak..sorry akak..susahkan akak.."

balas kak Dida..

"Eyh..jangan cakap camtu..tak susah pun..hari ni hari awak...mana tao hari akak nanti?"

"Akak dulu jadi siap berdialog dangan Yang Satu.. akak mengadu pada Dia.. Kenapa orang tak pernah nak tolong dia masa jadi macam adik ni..Padahal akak selalu tolong..tak kisah bangsa, jantina.."

sambung akak lagi..

"Hari tu ada akak tolong seorang budak perempuan cina..macam adik juga jadinya.."

Lepas tu...

vvrrrroooommmmmm..

lampu hijau daaaa!

akak pun gerak ke arah yang aku katakan..

KEMUDIAN..


TO BE CONTINUE...


Aku bukan tak nak sambung lagi...

tapi macam panjang lagi cerita nya..

takut tak larat nak follow...


PS: Terima kasih kak Dida, Nad dan Su ..dan nama2 bakal keluar tuk part 3 nanti..atas kesanggupan anda menolong aku hari tu..tiada ucapan yang aku boleh cakap melainkan..

'TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA'


Aisyah Zolkefpeli