Assalamualaikum wth dan selamat pagi semua,
aku ada cerita nak share dengan semua since aku rasa korang semua pon interested kot nak tao story ni..
Ni bukan cerita bohong.. ini BENAR2 BERLAKU dan TERJADI dekat aku..
kejadian ni terjadi masa aku bz nak hantar final report fyp aku..
aku ada dekat uia since pagi dengan sue (partner fyp)..
jam tepat menunjukan pukul 5 petang,
ayahnya pun ambil sue balik dan terus pulang ke PJ.
Tapi aku, masih gigih menaip dan meng-edit fyp aku..
Dengan bateri laptop tak da.. terpaksa balik dan ambil charger untuk sambung kerja aku..
selang masuk waktu solat..aku berhenti dan menyahut seruan Ilahi..
tunduk dan sujud menghadapNya..
Usai sudah solat Maghrib, aku gigih sambung semula kerja aku..
aku perlu siapkan hingga ke titisan air liur, peluh aku..
uhmm...aku xsuka suasana dekat KICT ni,
jauh tinggi nun atas bukit..
sunyi sepi bila malam menjelma..
tiada kelibat seorang manusia pon di sini kecuali beberapa bilangan biji kereta..
Tiba-tiba..
"Oh, terkejut aku.."
pak cik ni pun, kalau ye pon jalan tu bunyi la skit hentakan kaki tu...
ni tak.. terperanjat aku eyh..
So, aku mengerakkan kaki ku ke kereta Atos berwarna emas milik ayah..
Hatiku berdegup kencang.. aku asyik betul2kan cermin supaya mudahkan aku melihat kereta lalu lalang nanti..
aku pun mulakan perjalananku untuk pulang ke rumah..
Manakan tidak, jam menunjukkan jam tepat pukul 9.30 malam..
aku harus pulang ke rumah..
aku terus pandu.. naik dan turun bukit di universiti ni..
aku buka radio dan kuat kan suaranya...
bergema bacaan surah dalam kereta milik abah itu..
Lepas sudah pintu gerbang besar uia itu..
aku pon membelok ke arah kiri..
kerna aku nak menuju pulang jalan biasa yang aku sering ambil..
aku pon terus memandu..
Tapi hatiku tika itu gelisah, takut dan tak keruan..
aku pelik..
selalunya aku tak macam ni..
aku berdoa dan berselawat ke atas nabi..
agar tiada benda buruk berlaku..
Tapi..
hatiku masih tidak keruan..
aku asyik pandang cermin kereta aku..
aku rasa seperti ada orang atau 'benda' yang bersama aku dalam kereta itu..
aku pusing dan lihat..
tiada apa2..
Tiba-tiba aku rasa seperti ada bunyi angin masuk dalam kereta..
walaupun tingkap tertutup rapat..
bulu roma aku tegak mengikut tingkat..
tahukan macam mana?
dari pergelangan tangan sampai ke lengan..
terus sampai ke leher..
dan aku terkejut..
suara bisikan memanggil namaku "AISYAH"..
terus aku kuatkan alunan surah dalam keretaku..
mulut kecilku berkata "Kenapalah aku yang kau kacau ni.. keluarlah...!!"
terus aku buka tingkap..
Berharap 'benda' itu keluar dan tidak ganggu aku lagi..
Nasib baiklah aku ni tak cepat gelabah..
Kalau tidak, kereta dan aku sekali masuk parit sebelah..
Semua benda ni terjadi hampir di TOL GOMBAK..
berhati2lah semua tika memandu malam..
Lebih2 lagi berhampiran hutan tebal..
Di dunia ni bukan kita yang manusia je yg menetap dan bekerja..
ada hidupan lain yang bersama tapi tak dilihat dek mata kasar kita..
Tingkatkan amal, Kentalkan iman..
Aisyah Zolkefpeli
No comments:
Post a Comment